MenuGoMenuGo

Soalan yang mungkin kau nak tanya

Tak jumpa jawapan yang kau cari? Cuba tengok sini dulu.

Bermula

Macam mana nak mula guna MenuGo?

Senang je. Daftar akaun, masukkan nama kedai, nombor WhatsApp dan email kau. Lepas tu kau terus masuk dashboard dan boleh mula masukkan menu.

Aku dapat link menu sendiri ke?

Ya. Lepas kau daftar restoran, MenuGo akan bagi link khas untuk menu kau. Contohnya: menugo.kaayrel.com.my/kedai-ali/menu. Kau boleh share link tu dekat WhatsApp, Instagram, Facebook atau mana-mana tempat customer kau. Nak letak QR code pun boleh. Pergi ke bahagian Kod QR dalam dashboard dan download je.

Boleh tengok menu macam customer nampak?

Boleh. Dekat dashboard, tekan Preview Menu. Menu akan dibuka dalam tab baru supaya kau boleh tengok sendiri sebelum share dengan customer.

Urus Menu

Macam mana nak tambah makanan atau minuman?

Dekat dashboard, pergi ke Menu. Buat kategori macam Makanan, Minuman atau Add-on. Lepas tu tambah item yang kau jual. Masukkan nama, harga, gambar dan detail yang kau nak.

Kalau nak tukar harga macam mana?

Boleh tukar terus dari dashboard. Harga berubah? Edit je item tu. Tak perlu buat menu baru.

Kalau makanan dah habis?

Tak perlu buang item tu. Tekan sahaja status Tersedia/Habis. Bila tandakan sebagai Habis, customer tak boleh pilih item tu. Bila dah ada stok balik, hidupkan semula.

Boleh tukar gambar menu dan logo?

Boleh. Tekan gambar yang kau nak tukar dan pilih gambar baru dari device kau.

Apa benda "Opsyen Tambahan"?

Ini untuk benda macam "Tambah cheese", "Tambah telur", "Tak nak sayur" atau apa-apa pilihan tambahan yang customer boleh pilih. Kau boleh buat pilihan ni untuk item tertentu supaya customer boleh customise order dia sendiri.

Terima Order

Bila customer buat order, order masuk mana?

Order akan dibuka terus dalam WhatsApp kau. Customer pilih makanan, isi detail dan tekan Hantar Pesanan. WhatsApp akan buka dengan mesej order yang dah siap, termasuk item, pilihan tambahan, jumlah dan maklumat customer. Kau cuma perlu check dan reply macam biasa.

Jadi aku masih guna WhatsApp?

Ya. Ini memang cara MenuGo dibuat. MenuGo tak paksa kau tukar cara kerja. Customer buat order melalui menu, order masuk WhatsApp, kau terus sambung kerja macam biasa.

Customer kena download app?

Tak perlu. Customer cuma buka link menu kau. Pilih makanan. Buat order. Siap.

Boleh guna QR code?

Boleh. Kau boleh download QR code dari dashboard dan letak dekat meja, kaunter, packaging atau kedai. Customer scan dan terus masuk menu kau.

Kalau aku tukar nombor WhatsApp?

Boleh. Tukar nombor WhatsApp baru dekat Settings. Nombor baru tu akan digunakan untuk order yang akan datang. Order yang dah dihantar sebelum kau tukar nombor tak akan berubah.

Masih Tak Pasti?

Aku tak pandai benda technical. Boleh guna tak?

Kalau kau boleh guna WhatsApp, kau boleh guna MenuGo. MenuGo memang dibuat supaya benda asas macam tambah menu, tukar harga dan terima order tak jadi kerja yang susah. Tak perlu jadi pakar IT.

Aku boleh cuba dulu?

Boleh. Masukkan menu kau dan cuba sendiri dulu. Kalau rasa membantu, teruskan. Kalau tak, tak apa.

Masih tak jumpa jawapan?

Tak apa. Hubungi kami dan kita cuba bantu.

Masih tak jumpa jawapan? Log masuk dan hubungi kami terus.