Untuk kedai makan, warung & bisnes makanan
Bagi customer menu. Biar dia pilih sendiri. Customer pilih makanan, masukkan detail, terus hantar order. Order masuk WhatsApp kau dengan lebih kemas. Tak perlu app. Tak perlu ubah cara kerja.
10 item pertama percuma. Tak perlu kad kredit.
Kedai Contoh
8:00 AM – 10:00 PM
Nasi Lemak
Nasi berlemak, ayam goreng, sambal
RM8.00
Teh O Ais
RM2.50
Karipap
RM1.50
Tekan "+" untuk cuba. Ini demo betul, bukan gambar.
Boss, menu macam mana? Harga berapa?
12:41
Nak order 3 nasi goreng. 2 kurang pedas, satu tak nak telur
12:41
Boleh tambah telur? Ada add-on tak?
12:42
Yang tadi tu tambah satu teh ais
12:43
Yang ni order apa tadi?
12:47
Customer tanya menu. Lepas tu tanya harga. Lepas tu tambah lauk. Lepas tu tukar order. Belum campur order customer lain yang masuk sekali. Last-last kau kena scroll WhatsApp sambil cuba ingat: “Yang ni order apa tadi?” MenuGo dibuat untuk benda ni.
Kau letak menu dan harga. Customer buka link, pilih apa yang dia nak, masukkan detail dan hantar order. Lepas tu order terus masuk WhatsApp kau. Buka. Pilih. Order. Siap.
Menu boleh update bila-bila
Harga naik? Tukar harga. Item baru? Tambah. Tak jual dah? Buang. Tak perlu kacau benda lain.
Item habis? Tutup je.
Kalau ayam penyet dah habis, tandakan sold out. Customer takkan pilih benda yang dah tak ada.
Customer pilih sendiri
Tak perlu jawab soalan yang sama berulang kali. “Yang ni berapa?” “Ada add-on tak?” “Boleh tambah telur?” Semua dah ada dalam menu.
Order terus masuk WhatsApp
Letak menu kau
Masukkan makanan, minuman, add-on, harga dan gambar kalau ada.
Share link
Letak link MenuGo dekat WhatsApp, Instagram, TikTok, Google atau mana-mana tempat customer kau datang.
Customer buat order
Customer pilih sendiri apa yang dia nak. Tak perlu kau taip satu-satu.
Order masuk WhatsApp
Bila customer submit, kau terus dapat order dengan detail yang dah siap. Itu je. Tak ada benda pelik-pelik.
Tak perlu terus bayar. Buat menu kau dulu, masukkan makanan dan tengok sendiri macam mana customer buat order. 10 item pertama percuma. Kalau rasa MenuGo memang membantu kerja kau, baru sambung. Tak suka? Tak apa.
Kau fokus buat makanan. MenuGo tolong uruskan order. Simple je. Cuba dulu. Buat menu kau, share link dekat customer, tengok sendiri macam mana order masuk.