MenuGoMenuGo

Terma Perkhidmatan

Dikemas kini: 13 Ogos 2026

1. Apa yang MenuGo buat

MenuGo ialah alat untuk pemilik bisnes makanan membina menu digital dan menerima pesanan pelanggan melalui WhatsApp. Kami sediakan menu, link dan kod QR; pesanan dihantar terus ke WhatsApp kedai kau.

MenuGo bukan penghantar makanan, bukan pemproses pembayaran untuk jualan kau, dan bukan pihak dalam sebarang urusan antara kau dengan pelanggan kau.

2. Akaun dan tanggungjawab kau

Kau bertanggungjawab ke atas keselamatan akaun kau dan semua aktiviti yang berlaku melaluinya.

Maklumat yang kau masukkan (nama kedai, harga, nombor WhatsApp, gambar) mestilah betul dan milik kau atau kau ada hak untuk gunakannya.

Kau bertanggungjawab untuk menunaikan pesanan yang masuk, menetapkan harga, dan mematuhi undang-undang berkaitan perniagaan makanan kau (lesen, halal, keselamatan makanan dan sebagainya).

3. Pesanan dan pembayaran

Pesanan pelanggan disampaikan melalui WhatsApp. MenuGo juga menyimpan salinan pesanan untuk paparan dashboard kau.

Sebarang pembayaran antara pelanggan dan kedai berlaku di luar MenuGo (tunai, transfer, atau kaedah yang kau tetapkan sendiri), melainkan ciri payment gateway diaktifkan secara khusus.

Yuran langganan MenuGo (jika kau ambil pelan berbayar) diproses melalui Billplz. Langganan boleh dibatalkan bila-bila; baki tempoh yang telah dibayar tidak akan dipulangkan kecuali dikehendaki oleh undang-undang.

4. Penggunaan yang dilarang

Kau tak boleh guna MenuGo untuk menjual barangan haram, menipu pelanggan, atau melanggar undang-undang Malaysia.

Kau tak boleh cuba mengakses data kedai lain, mengganggu perkhidmatan, atau mengautomasi permintaan secara berlebihan.

Pelanggaran boleh menyebabkan akaun digantung atau ditamatkan tanpa notis.

5. Kandungan yang kau muat naik

Kau kekal pemilik gambar dan kandungan kau. Dengan memuat naik, kau beri kami kebenaran untuk memaparkannya sebagai sebahagian daripada perkhidmatan (menu awam, kod QR dan sebagainya).

Kami boleh membuang kandungan yang melanggar terma ini.

6. Ketersediaan perkhidmatan

Kami berusaha memastikan MenuGo sentiasa tersedia, tetapi kami tidak menjamin perkhidmatan tanpa gangguan. Gangguan teknikal, penyelenggaraan, atau masalah pihak ketiga (contohnya WhatsApp atau penyedia hosting) boleh berlaku.

Salinan pesanan dalam dashboard ialah kemudahan tambahan. WhatsApp kekal sebagai rekod utama pesanan kau.

7. Had liabiliti

MenuGo disediakan "sebagaimana adanya". Setakat yang dibenarkan undang-undang, kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian tidak langsung — contohnya kehilangan jualan, pesanan yang terlepas, atau pertikaian antara kau dengan pelanggan kau.

8. Perubahan terma

Kami boleh mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa. Perubahan penting akan dimaklumkan melalui laman web atau emel. Penggunaan berterusan selepas perubahan bermaksud kau bersetuju dengan terma baharu.

9. Undang-undang

Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

Ada soalan tentang terma ni? Tengok Soalan Lazim atau hubungi kami.